Sunday, August 8, 2010

Imbauan

Md Aizuddin:
Saya berasa bahawa lawatan sambil belajar ini sangat menarik kerana saya dapat belajar tentang sejarah Geylang Serai dan banyak lagi.Saya juga dapat melawati banyak tempat di Geylang Serai dan juga dapat membeli dan makan banyak makanan Melayu.Sudah bertahun-tahun saya pergi ke Geylang Serai tetapi tidak pernah saya memikir tentang sejarah Geylang Serai jadi lawatan sambil belajar ini sangat menarik untuk saya.Saya harap pada masa hadapan,saya akan mendapat peluang untuk pergi ke lawatan sambil belajar seperti begini lagi.

Nafiis:
Saya berpendapat bahawa lawatan sambil belajar ini adalah amat menarik dan juga ia dapat menolong kami dalam membuat projek yang baru diberi oleh guru. Maklumat-maklumat yang kami dapati ini digunakan di dalam blog kami ini. Dan juga, gambar -gambar yang diambil semasa lawatan sambil belajar ini dapat mencatikkan blog kami ini. Saya harap ada sebuah lawatan sambil belajar lagi seperti ini pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment