Monday, October 4, 2010

Pasar Geylang Serai adalah sebuah tempat yang menarik bagi orang-orang Melayu dan pelancong yang ingin membeli barang atau gubahan.Selepas kami telah pergi ke Joo Chiat Complex, kami telah pergi ke tempat tersebut.

Pasar Geylang Serai
                                                   
Pasar Gelang Serai ialah sebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat dan selalu dikunjungi oleh orang Melayu kerana tempat ini menjual baju-baju Melayu dan makanan-makanan Melayu.Tempat ini juga mengandungi sebuah klinik jika ada kecemasan.



Klinik Abdullah

      Pasar ini dibuka dengan rasmi oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, pada 17hb, April 1964. Lama-kelamaan,
 Pasar Geylang menjadi keadaan yang amat bahang. Kerana ini, ia ditutup semula untuk diperbaiki untuk meningkatkannya ke gred yang lebih tinggi padsiang tahun 2000. Pasar Geylang dibuka semula setelah diperbaiki. Setelah ini, popularitinya naik. Dua plak menunjukkan sejarah Geylang Serai.







Pasar Geylang Serai mempunyai sejarah yang        
menarik. Banyak barang-barang dan makanan-makanan yang amat lazat yang dijual di sini. Kerana ada beberapa kedai yang menjual barang yang sama, persaingan berlaku antara kedai-kedai.