Friday, December 3, 2010

Lawatan sambil belajar Geylang Serai

Geylang Serai adalah tempat yang amat menarik perhatian orang ramai dengan barang-barang yang terdapat. Setiap Bulan Ramadhan, jalan-jalan sekitar Geylang akan dihiasi dengan lampu perayaan dan bazaar akan diadakan menjual pakaian hari raya. Dan juga, banyak pelancong melawati Geylang Serai. Sebuah hotel bernama Hotel 81 dibina di Geylang Serai khas untuk pelancong luar negeri yang datang ke Geylang Serai. Kebanyakan dari orang-orang yang melawati Geylang Serai ini adalah orang Melayu. Ini sebabnya ada banyak barang-barang yang dijual, seperti kain, alat perhiasan, alat dekorasi, kosmetik dan makanan yang sedap belaka, berkaitan dengan budaya Melayu. Sebab itulah banyak pelancong Melayu, sebaikpun dari Malaysia ataupun Brunei, melawati Geylang Serai untuk berjalan-jalan.

Hotel 81


Pusat membeli-belah Joo Chiat Complex adalah pusat membeli-belah yang indah dan juga besar. Dahulu, Tingkat 4 dan 5 Joo Chiat Complex menjadi sebuah pejabat immigresyen. Rakyat-rakyat Singapura bolehlah datang di pejabat ini untuk membuat paspot supaya boleh melancong ke luar negeri. Di tingkat 1 di Joo Chiat Complex terdapat banyak kedai menjual kain termasuk langsir. Langsir-langsir yang dijual itu sungguh cantik! Di tingkat 2 pula terdapat kedai yang menjual alat-alat perhiasan, dekorasi dan perkahwinan.

Joo Chiat Complex

Monday, October 4, 2010

Pasar Geylang Serai adalah sebuah tempat yang menarik bagi orang-orang Melayu dan pelancong yang ingin membeli barang atau gubahan.Selepas kami telah pergi ke Joo Chiat Complex, kami telah pergi ke tempat tersebut.

Pasar Geylang Serai
                                                   
Pasar Gelang Serai ialah sebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat dan selalu dikunjungi oleh orang Melayu kerana tempat ini menjual baju-baju Melayu dan makanan-makanan Melayu.Tempat ini juga mengandungi sebuah klinik jika ada kecemasan.



Klinik Abdullah

      Pasar ini dibuka dengan rasmi oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, pada 17hb, April 1964. Lama-kelamaan,
 Pasar Geylang menjadi keadaan yang amat bahang. Kerana ini, ia ditutup semula untuk diperbaiki untuk meningkatkannya ke gred yang lebih tinggi padsiang tahun 2000. Pasar Geylang dibuka semula setelah diperbaiki. Setelah ini, popularitinya naik. Dua plak menunjukkan sejarah Geylang Serai.







Pasar Geylang Serai mempunyai sejarah yang        
menarik. Banyak barang-barang dan makanan-makanan yang amat lazat yang dijual di sini. Kerana ada beberapa kedai yang menjual barang yang sama, persaingan berlaku antara kedai-kedai. 


Tuesday, August 10, 2010

Galeri Kampung Melayu

Tempat ketiga yang kami lawati ialah galeri yang terletak di kawasan perkampungan di Geylang Serai. Galeri itu mempamerkan kemajuan orang-orang Melayu yang terkenal seperti P.Ramlee,seorang pelakon. Galeri ini bukan hanya mempamerkan orang-orang dari segi bidang seni tetapi ia juga mempamerkan gambar-gambar orang seperti Yusoff Ishak, presiden pertama Singapura dan Adnan Saidi,seorang askar yang telah mengorbankan nyawanya untuk mempertahankan Singapura daripada askar-askar Jepun. Ia juga menceritakan sejarah Singapura dan terutama,Geylang Serai apabila ia masih lagi sebuah kawasan perkampungan.
                                                                                
Adnan Saidi
P.Ramlee
Yusoff Ishak
 Galeri tersebut juga mempamerkan keadaan Singapura dahulu. Ia menunjukkan kehidupan orang Singapura dahulu dan sebagainya.





Selepas melawat tempat itu, kami meneruskan perjalanan kami ke jalan keluar di mana kami melihat patung yang menunjukkan bagaimana orang-orang dahulu sampai ke destinasi mereka.


Tempat keluar kawasan perkampungan Geylang Serai

Selepas itu, kami pulang tempat ke tempat meletak kereta kami dan kami pun pulang balik ke sekolah.

Sunday, August 8, 2010

Imbauan

Md Aizuddin:
Saya berasa bahawa lawatan sambil belajar ini sangat menarik kerana saya dapat belajar tentang sejarah Geylang Serai dan banyak lagi.Saya juga dapat melawati banyak tempat di Geylang Serai dan juga dapat membeli dan makan banyak makanan Melayu.Sudah bertahun-tahun saya pergi ke Geylang Serai tetapi tidak pernah saya memikir tentang sejarah Geylang Serai jadi lawatan sambil belajar ini sangat menarik untuk saya.Saya harap pada masa hadapan,saya akan mendapat peluang untuk pergi ke lawatan sambil belajar seperti begini lagi.

Nafiis:
Saya berpendapat bahawa lawatan sambil belajar ini adalah amat menarik dan juga ia dapat menolong kami dalam membuat projek yang baru diberi oleh guru. Maklumat-maklumat yang kami dapati ini digunakan di dalam blog kami ini. Dan juga, gambar -gambar yang diambil semasa lawatan sambil belajar ini dapat mencatikkan blog kami ini. Saya harap ada sebuah lawatan sambil belajar lagi seperti ini pada masa hadapan.