Tuesday, August 10, 2010

Galeri Kampung Melayu

Tempat ketiga yang kami lawati ialah galeri yang terletak di kawasan perkampungan di Geylang Serai. Galeri itu mempamerkan kemajuan orang-orang Melayu yang terkenal seperti P.Ramlee,seorang pelakon. Galeri ini bukan hanya mempamerkan orang-orang dari segi bidang seni tetapi ia juga mempamerkan gambar-gambar orang seperti Yusoff Ishak, presiden pertama Singapura dan Adnan Saidi,seorang askar yang telah mengorbankan nyawanya untuk mempertahankan Singapura daripada askar-askar Jepun. Ia juga menceritakan sejarah Singapura dan terutama,Geylang Serai apabila ia masih lagi sebuah kawasan perkampungan.
                                                                                
Adnan Saidi
P.Ramlee
Yusoff Ishak
 Galeri tersebut juga mempamerkan keadaan Singapura dahulu. Ia menunjukkan kehidupan orang Singapura dahulu dan sebagainya.





Selepas melawat tempat itu, kami meneruskan perjalanan kami ke jalan keluar di mana kami melihat patung yang menunjukkan bagaimana orang-orang dahulu sampai ke destinasi mereka.


Tempat keluar kawasan perkampungan Geylang Serai

Selepas itu, kami pulang tempat ke tempat meletak kereta kami dan kami pun pulang balik ke sekolah.

No comments:

Post a Comment